Wednesday, 12 September 2012

Ya Hanana Muhammad

Haty mula berbicara, jari jemari melakar bait cinta, Merindukan Ya Hanana.. Sungguh sungguh ku merindukannya tetapi layakkah aku di gelar perindu?? Dalam sehary berapa kali sunnah Baginda yang terlaksana??? Allahu buat apa yang di suruh, tinggal apa yang di larang.. Dak ingin di gelar munafik islam Bismillahi Ta'ala..

Ya Rasulullah, layakkah aku menjadi ummat mu?? Masih banyak perkara Jahiliyyah yang melekat pada diri ku.. Ya Rasulullah, pantaskah aku mendapat syafaatmu di Padang MahsyarNya kelak?? Walhal masih banyak kewajipan, amanah dan sunnah mu yang tidak tertunai, terlaksana dan teramal oleh ku.. Ya Rasulullah aku tahu cinta mu pada ummat mu saat engkau di ambang Sakaratul Maut, engkau menyebut ''ummati.. ummati.. ummat ku.. ummat ku..'' Allah, betapa sebak haty ini Ya Hanana, sedang engkau berperang dengan kesakitan saat ajal menjemput mu, engkau meminta kepada Allah S.W.T supaya di lebihkan sakit kepada mu, dan kurangkan kesakitan ummat mu bila ajal menjemput kelak.. ALLAH Ya Hanana Muhammad, begitu besar pengorbanan mu... Sedang kami masa kini, bergembira dan lupa dengan nikmat dunia yang sementara ini.. Ya Rasulullah engkau tinggalkan pada kami Al'Quran dan Sunnah mu sebagai panduan hidup, tetapi alangkah sedihnya jika engkau melihat ummat mu masa kini, pasty menitis airmata mu Ya Rasulullah... Aishah r.a pernah merunggut '' Rasulullah mengapakah engkau kerap mendirikan solat malam hingga bengkak bengkak lututmu??" Rasulullah menjawab ''Tidak layakkah aku menjadi hamba yang bersyukur?'' Allah Allah Allah, begitu terpuji akhlak mu Ya Rasulullah, tetapi kami?? Tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang di beri, malahan mengeluh.. Bilakah akan sedar bahawa diri ini sebenarnya BEGITU KERDIL di sisi Allah Azza Wajallah~

Layakkah aku...